Pengenalan
Kehadiran orang Cina di Tanah Melayu dapat dikesan semenjak di zaman Kerajaan Melayu Melaka.Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong.
Mereka berbeza antara satu sama lain dari segi loghat, adat resam, pengkhususan ekonomi dan kawasan tempat tinggal.
Di negara kita kebanyakan orang Cina beragama Buddha namun terdapat juga yang beragama Toisme dan Kristian.
Dari segi bahasa, mereka menggunakan pelbagai dialek berdasarkan kelompok mereka tersendiri. Namun, Bahasa Mandarin merupakan bahasa rasmi bagi masyarakat Cina di Malaysia.
Dari segi bahasa, mereka menggunakan pelbagai dialek berdasarkan kelompok mereka tersendiri. Namun, Bahasa Mandarin merupakan bahasa rasmi bagi masyarakat Cina di Malaysia.
Sejarah
Gelombang Pertama
Bangsa Han gelombang pertama datang pada abad kelima belas semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hubungan diplomatik antara kerajaan China dan Melaka memuncak semasa dibawah pemerintahan Sultan Mansur Shah dimana baginda berkahwin dengan Puteri Hang Li Poh lalu membawa bersama golongan bangsawan, pengikut-pengikut, dan hamba dari negara China ke Melaka. Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada berketurunan Fujian. Rombongan tersebut membawa masuk Bangsa Han yang kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan lalu membentuk kumpulan masyarakat Peranakan. Makam mereka boleh didapati di Bukit Cina. Kini, Keturunan keturunan masyarakat ini kebanyakannya dari wilayah Fujian, dimana ia digelar Baba (lelaki) dan Nyonya (perempuan).
Gelombang Kedua
Pada abad ke 19 dan ke 20, Bangsa Han berhijrah secara beramai-ramai ke Malaya. Mereka dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong, Guangxi ,dan Hainan. Mereka membentuk penempatan di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British. Selain itu, mereka juga menetap di Negeri-Negeri Selat seperti Singapura dan Pulau Pinang. Kebanyakan Bangsa Han mudah dijumpai di zon selatan dan juga pantai Barat terutamanya negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak. Manakala, Bangsa Han merupakan kaum majoriti di Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Singapura.
Manakala di negeri Johor, Sultan Abu Bakar memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Dibawahnya,Johor menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai "Bapa Johor Moden". Bangsa Han dibawa masuk melalui Sistem Kangchu untuk bekerja sebagai buruh di ladang lada hitam dan gambir. Melalui Sistem Kangchu, Bangsa Han digalakkan berpindah dari Singapura dan menetap di Johor serta membuka ladang lada hitam dan gambir di bawah pengawasan seorang Kangchu iaitu ketua puak-puak Bangsa Han. Setiap Kangchu dipertanggungjawabkan untuk mengawal, membayar sewa bagi kawasan yang dibuka serta menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh buruh Cina di bawah pengelolaannya. Pada tahun 1860-an, seramai 15,000 Bangsa Han telah dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu ini.
Pada akhir abad ke-19, pihak British telah memberikan galakan terhadap kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu kerana pihak British memerlukan tenaga buruh yang ramai supaya dapat membantu mengeluarkan bijih timah yang banyak untuk keperluan Revolusi Perindustrian di Britain.
Kumpulan
Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Fuzhou. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.
Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapati di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.
Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2,NTV7 dan 8TV.
Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.
Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.
Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.
Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat Cina Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku sebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora.
Budaya Orang Cina di Malaysia
Pakaian Tradisional
Cheongsam
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.Cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.
Samfu
Samfu membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Samfu merupakan pakaian kaum Cina. Samfu diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfu dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.
Alat Muzik Tradisional
SERULING

Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia dinamakan sebagai “Zhudi”, disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi-bunyian. Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.
PIPA

Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.
YANGQIN
Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan dalam permainan solo, paduan suara atau opera, ia menduduki tempat penting dalam permainan alat-alat muzik dan orkestra instrumen China.Menurut catatan buku sejarah, sebelum abad pertengahan, negara-negara Arab pada zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur Tengah mempopularkan sejenis alat muzik pukulan, iaitu Satailiqin. Pada zaman Dinasti Ming ( 1368 – 1644), seiring dengan perkembangan hubungan persahabatan yang kian akrab antara China dengan Asia Barat dan Asia Timur, alat muzik Satailiqin dipopularkan ke China dari Parsi melalui laluan laut. Pada masa permulaan, alat muzik itu hanya dimainkan oleh rakyat yang tinggal di kawasan Guangdong sahaja dan kemudian dipopularkan di pelbagai tempat lain di China. Kemudian diubahsuai oleh seniman kalangan rakyat China, Satailiqin itu menjadi alat muzik instrumen China dan namanya diubah sebagai Yangqin.
ERH-HU
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar. Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.
Makanan Tradisi
Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
Zongzi atau biasa disebut Ba Tzang adalah makanan tradisional Tiongkok yang terbuat dari beras ketan dan dibungkus dengan daun bambu. Zongzi biasa disajikan pada tradisi perayaan Duanwu atau Festival Perahu Naga yang jatuh pada bulan ke lima Imlek untuk memperingati wafatnya Qu Yuan, seorang penyair dari zaman kerajaan Chu. Menurut legenda, Qu Yuan gagal memperingati kaisar dan para pejabat istana untuk menghentikan perang saudara yang sedang terjadi kala itu. Qu Yuan lalu membuat puisi yang berisikan kesedihan dan kekhawatirannya terhadap peperangan di tanah air mereka. Setelah puisi itu selesai, ia melompat ke sungai Miluo. Orang-orang mencuba menyelamatkannya dengan melempari bungkusan-bungkusan nasi dengan maksud memberi makan para ikan agar mereka tidak memakan mayat Qu Yuan. Nah, bungkusan-bungkusan nasi itulah yang kemudian dikenal dengan nama Zongzi atau Ba Tzang.
Kuih Bakul
Kuih Bakul atau Nian Gao ialah makanan cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol.. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “nian gao” di mana perkataan gāo berbunyi sama dengan perkataan yang bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”.Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu,oleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kontonis dari Guangdong.
Teater Tradisi
Lukisan Kaligrafi Cina
Ini adalah gambar lukisan yang menunjukkan nama saya dan nama suami saya dalam tulisan cina dengan menggunakan gambar dan corak bagi bentuk binatang/haiwan dan tumbuhan/bunga-bungaan untuk menghasilkan gambar dalam bentuk lukisan. Nama ini ditulis dan dilukis oleh seorang seniman dari negera China. Bagi kaum cina, mereka bukan saja menggunakan kaligrafi untuk menulis, tetapi juga suka menggunakan kaligrafi untuk melukis gambar (水墨画) seperti gambar feng-shui, bunga-bungaan, bukit-bukau, kuda, ikan-ikan dan sebagainya. Biasanya gambar kaligrafi dilukis pada kertas yang bermutu, berkualiti dan istimewa yang dipanggil 'Xuan Zhi'. Oleh kerana kebanyakkan lukisan kaligrafi hanya berwarna hitam sahaja, maka berkembanglah seni lukisan yang lain yang berwarna-warni dengan menggunakan tapak tangan, Qi-Gong dan lain-lain.
Tarian Tradisi
Tarian Naga
Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina.Sepertilah tarian singa,tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan.Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik.Pada fikiran orang cina,naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan.Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu,sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa,bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.
Tarian Singa
Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakankepala kostum, manakala pasangan penariakan memainkan bahagian belakangkostum singa tersebut. Kedua-dua penariitu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa iniakan diiringi oleh gong,dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
Tarian Singa
Tarian Kipas
Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.








No comments:
Post a Comment